Baru-baru ini, tular sebuah video yang mencetuskan reaksi pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan ibu bapa.
Dalam video berkenaan, sepasang suami isteri baru berkahwin meluahkan rasa tidak selesa mendengar kanak-kanak menangis hampir sejam setengah dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.
BACA: “Belum Ada Anak Patut La Beria” – Pasangan Dikecam Gara-Gara Complain Budak Melalak Dalam Feri
Terbaru, individu berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan niatnya yang sebenar. Katanya, video tersebut bukan untuk memperlekehkan ibu bapa yang memiliki anak-anak aktif, hyper atau berkeperluan khas.
Lelaki ini beri penjelasan dan permohonan maaf
@aeryllfamee Assalammualaikum dan salam sejahtera, Dengan rasa rendah hati dan berlapang dada sy memohon maaf andai kata video tersebut mengundang kesedihan dan menyinggung para ibu bapa di luar sana. Mungkin cara penyampaian video saya terlalu lantang sehingga menyebabkan pelbagai andaian drpd pelbagai pihak Demi Allah, sy mengagumi para ibu bapa yg mempunyai anak2 yang aktif, yang hyper dan special needs kerana mereka kuat dalam menangani situasi jika anak2 mula meragam dan sebagainya. Tujuan asal video sebenarnya ingin mengetahui lebih lanjut macam mana parents akan handle bila anak start meragam. Sebab sy percaya setiap masalah pasti ada penyelesaian tnpa mengeluarkan statement “biasalah budak2” Sy percaya ibu bapa jugak takkan pernah biarkan anaknya sakit ataupun menangis begitu lama dan bukannya niat saya utk memalukan mana2 pihak. Mungkin cara sy menulis menimbulkan salah faham dan membuka ruang sehingga menyebabkan org ramai berfikir kami tak sukakan budak2. Kami berlapang dada menerima segala teguran dan nasihat daripada anda semua. Terima kasih kerana masih sudi untuk menegur mana part yang kami salah. InshaAllah di masa hadapan, kami akan lebih improve dan menjadi orang yang lebih baik. Mana yg mendoakan keburukan atas kami, secara ikhlas dan atas nama Allah, kami memaafkan kalian semua. Love you all ❤️ Terima kasih.
Malah, beliau mengaku sangat mengagumi kekuatan mereka dalam menangani pelbagai cabaran ketika anak meragam di tempat awam.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, beliau berkata:
Dengan rasa rendah hati dan berlapang dada, saya memohon maaf andai kata video tersebut mengundang kesedihan dan menyinggung para ibu bapa di luar sana. Mungkin cara penyampaian video saya terlalu lantang sehingga menyebabkan pelbagai andaian daripada pelbagai pihak.
Beliau turut menegaskan bahawa tujuan asal video tersebut adalah untuk membuka ruang perbincangan tentang bagaimana ibu bapa menangani anak-anak yang mula meragam, bukannya untuk mengeluarkan kenyataan sinis seperti “biasalah budak-budak”.
Mengaku silap cadang beri ubat tidur
@aeryllfamee ‼️Triggered Warning‼️ Real life experience yg jadi time dlm ferry. Kami ulang alik atas urusan kerja, Kelantan – Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah – Penang – Kelantan drive and nasib tak baik time hari blk dr Langkawi – Kuala Kedah wife tengah demam panas, muntah non stop and menahan migraine tu yg aku kasi gula2. Kalau bayi faham tapi masalahnya dah besar budaknya siap blh cakap apa yg dia nak. Aku dulu kalau buat hal tempat awam hbis dah kena cubit tapi budak ni mak bapak dia boleh pulak ( iye sayang sayang sayang ) if sekejap takpe tapi ini dkt sejam lebih sampai mengganggu satu ferry, tp that kid diam after dpt apa yg dia nak tu pun after sejam lebih menangis and meraung. lain pulak kalau anaknya baby kita faham lah juga tapi ni alhamdulillah sihat je siap boleh menjawab apa yang dia nak & ikut size 6-7 tahun. Dalam video ni aku takde mengaibkan mana2 pihak. Even muka parents and budak tu pun aku tk tunjuk dalam video ni. Just aku and wife. “Bisinglah” mulut wife aku pun tak bergerak. Ini sekadar awareness and tlg ambik dr side yg positive.TOLONG jgn bgi alasan biasalah budak2 . Aku pun pernah budak juga bukannya lahir terus besar gedabak dan dari dia budak lah kena ajar sperti peribahasa “melentur buluh biar dari rebungnya”. So Solutionnya ape? Parents yang anaknya kuat tantrum, apa yg korang buat utk distract anak korang? Boleh sharekan tips korang? Mana tahu membantu utk yang bakal menjadi parents nanti or yg deal dgn anak fruits Selain dari alasan (biasalah budak2 / ada anak nanti tahu lah ). If got solution tolong kongsi supaya yang lain dapat manfaat bukan nak triggered tak tentu hala. Bukannya mendoakan keburukan atas orang lain. Peace no war 😊
Dalam pada itu, individu ini mengaku kebodohannya meninggalkan komen supaya ibu bapa memberikan ubat tidur untuk mengawal mereka.
Ubat tidur yang aku maksudkan tu motion sickness, ini bukan u-turn. Memang itu salah statement aku.
Beliau segera memadam komen selepas sedar ianya salah namun ianya telah dirakam pengguna media sosial yang lain.
Beliau juga berharap agar segala teguran diterima dengan hati terbuka dan menyatakan kesediaan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.