Pascanilai Sukan Asia: Perlu ada penambahbaikan struktur

Pascanilai Sukan Asia: Perlu ada penambahbaikan struktur

Hannah mempengerusikan mesyuarat pascanilai Sukan Asia Hangzhou 2022 di MSN, Bukit Jalil pada Rabu. – Foto Bernama

BENGKEL pascanilai Sukan Asia Hangzhou 2022 mendapati beberapa penambahbaikan struktur perlu dilakukan supaya adanya konsistensi dan peningkatan prestasi bagi kontinjen negara pada temasya akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mempengerusikan bengkel berlangsung kira-kira lapan jam itu berkata, semua maklum balas diterima akan diperhalusi bagi meraih prestasi yang baik pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata, antara cadangan dan maklum balas diterima adalah program latihan bermula lebih awal, latihan sepenuh masa berbanding secara sambilan, penambahbaikan kemudahan serta peningkatan gaji atau elaun jurulatih.

“Banyak maklum balas kita terima hari ini. Kita akan teliti semua dan buat penambahbaikan seperti yang telah dilaksanakan untuk Sukan SEA Kemboja,” katanya kepada pemberita selepas bengkel berkenaan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Scroll to Top