10 tahun belum tentu ada pelumba tempatan dalam MotoGP – Razlan

10 tahun belum tentu ada pelumba tempatan dalam MotoGP – Razlan

PRINSIPAL pasukan RNF MotoGP, Datuk Razlan Razali berpandangan sukar untuk kembali menyaksikan kelibat pelumba tempatan menembusi saingan kelas perdana Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu berkata, berdasarkan pengamatan, pelumba negara masih belum bersedia dan perkara berkenaan adalah realiti harus diterima semua pihak.

Beliau berkata, ketika ini Malaysia hanya ada seorang wakil dalam saingan di Kejuaraan Dunia iaitu pelumba Moto3 Muhammad Syarifuddin Azman berbanding lebih seorang pelumba termasuk dalam kelas Moto2 sebelum ini.

“Bagi saya Malaysia macam terbelakang kalau nak dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand, jadi saya harap pihak tertentu akan buat balik program. Sebenarnya, kita ada pelapis seperti Hakim Danish, Daniel Syahmi dan Qabil Irfan tetapi masih muda.

Scroll to Top