Oh! Negara
Anwar arah siasatan menyeluruh susulan tiga anggota polis maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Beaufort.
Tragedi membabitkan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Beaufort, Sabah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ketiga-tiganya dilaporkan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian itu, Anwar mahu punca sebenar tragedi berkenaan dikenal pasti menerusi siasatan yang dilakukan secara menyeluruh, telus dan segera.
PMX tidak mahu kejadian macam ni berulang

Menurut Perdana Menteri, langkah penambahbaikan juga perlu diberi perhatian selepas siasatan dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang pada masa akan datang.
Langkah penambahbaikan perlu diambil supaya tragedi seperti ini tidak berulang.- Katanya.
Tiga anggota polis lelaki berkenaan dilaporkan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort, Sabah.
Pengorbanan anggota dikenang
Kejadian itu turut mengundang ucapan takziah daripada Anwar kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta warga PDRM yang kehilangan tiga anggotanya.
Jasa dan pengorbanan mereka dalam memelihara keamanan serta keselamatan negara akan sentiasa dikenang.- Katanya.
Dalam perkongsian sama, Anwar turut mengenang jasa ketiga-tiga anggota terbabit yang menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




