Petaling Jaya: Harian Metro (HM) menerusi pasukan Metro Rangers meneruskan penguasaan apabila muncul juara pada Kejohanan Persahabatan Boling anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) & Media Prima di Wangsa Bowl, Bandar Utama baru-baru ini.
Metro Rangers diwakili Pengarang Berita HM, Mohd Jamilul Anbia Md Denin, wartawan, Asrizal Aris dan Sharifah Omar.
Lebih manis, kategori keseluruhan tertinggi individu dimenangi Asrizal, wakil dari Metro Rangers.
Kejohanan turut menyaksikan pasukan HR Media Prima mengungguli tempat kedua dan pasukan Television di tempat ketiga.
Sebanyak 18 pasukan daripada pelbagai jabatan bagi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) bersaing dalam acara berkenaan.
Perlawanan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP Mohammed Hassan. Turut hadir Editor Berita, Berita Harian, Encik Amir Rullah Andi Nur.
Turut disampaikan 15 cabutan bertuah kepada peserta daripada MPB.
Rabu lalu, pasukan boling Harian Metro turut menggondol kejuaraan Kejohanan Boling sempena Karnival Sukan Media Prima Berhad (MPB) 2024 di Wangsa Bowl, Bandar Utama.
© New Straits Times Press (M) Bhd




