Pegawai penguat kuasa terima rasuah RM20,000 secara bulanan

Pegawai penguat kuasa terima rasuah RM20,000 secara bulanan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penguat kuasa ditahan selepas disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah sebanyak RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak menyenaraikan nama seorang individu dikehendaki dan tidak mengeluarkan waran tangkap atas kesalahan berkaitan senjata api.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, lelaki yang berusia 50-an itu ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat, di sini.

Menurut sumber SPRM, suspek yang bertugas di ibu kota ini dipercayai menerima rasuah secara bulanan.

Sementara itu Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, beliau berkata, suspek telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 selepas pihak SPRM merekodkan keterangan suspek.- MalaysiaGazette