Peluang Harimau Malaya buka mata Asia

Peluang Harimau Malaya buka mata Asia

Skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Qatar. Foto Facebook FAM

PIALA Asia dilihat menjadi pentas terbaik untuk membuka mata Asia dan dunia keupayaan Harimau Malaya yang kini berada pada momentum terbaik mencipta sejarah.

Jurulatih berpengalaman, Manja Man berkata, skuad negara diyakini mampu mencipta kejutan untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan 16 terbaik di bawah kendalian pengendali, Kim Pan-gon.

Menurutnya, apa yang paling penting adalah kemampuan untuk pemain negara melakar keputusan positif seawal perlawanan pembukaan Kumpulan E menentang Jordan pada awal pagi Selasa ini.

“Saya secara peribadi sama seperti penyokong lain mahu melihat Harimau Malaya mampu mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Piala Asia itu.

Scroll to Top