Peluk bekas kekasih kali terakhir di pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Indonesia: Sepatutnya di hari perkahwinan pasangan pengantin akan gembira memandangkan ia merupakan hari paling bahagia buat mereka.

Tetapi bagaimana jika bekas kekasih muncul pada hari bahagia tersebut?

Seperti video tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, pengantin lelaki ini mungkin sudah hilang akal apabila membenarkan isterinya berpelukan dengan bekas kekasihnya di atas pelamin.

Kejadian tersebut berlaku di Indonesia dimana video terebut memaparkan pengantin perempuan minta izin dari suaminya untuk memeluk bekas kekasihnya buat kali terakhir.

Kelihatan wajah pengantin lelaki itu agak berat untuk membenarkan namun terpaksa merelakan juga.

Video tersebut hangat diperkatakan di media Indonesia dan Malaysia.

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut yang tanpa segan silu memeluk lelaki lain di majlis pernikahannya.

Kata netizen lagi, pengantin lelaki itu berhak mendapat wanita jauh lebih baik daripada isterinya itu.

Netizen berkata, mungkin suaminya bersetuju namun sudah pasti kecewa melihat isterinya berpelukan dengan lelaki lain.

 

Sumber : gulapop.com

 

Malay News

Social Media Updates