London: Jurgen Klopp dan pemain Liverpool sudah mula menggunakan dan membiasakan diri mereka dengan pusat latihan baharu bernilai £50 juta (RM286 juta) di Kirkby.
Ia mengandungi tiga padang bola, dua gimnasium, satu dewan sukan, kolam renang, hidroterafi dan suit pakar rehabilitasi.
Dewan makan mempunyai balkoni berdepan padang bola. Malah mempunyai gelanggang bola tampar pantai untuk pemain bersantai.
Tetapi ada satu masalah dengan pusat latihan baharu itu. Pemain bencikannya dan mereka lebih suka berlatih di tempat lama, Melwood.
Tiada yang kurang dengan fasiliti di Kirkby tetapi ia terlalu berangin malah lebih teruk berbanding St George’s Park, tempat di mana bekas jurulatih England sering kaitkan dengan cuaca buruk.
Kawasan itu dikenali dengan Windy Harbour dan pemain Sunday League di Merseyside tidak suka bermain di situ.
Bagaimanapun, angin kuat itu gagal menenggelami suara Klopp yang tidak gembira apabila mempersoalkan urusan perpindahan pemain di pejabatnya pada Januari lalu.
Klopp mengecapi kejayaan gemilang bersama Melwood dan Anfield. Dalam 13 aksi terakhir di antara kedua-dua venue, Liverpool menang sepuluh, dua seri dan sekali kalah kepada Atletico Madrid.
Dalam 13 perlawanan setakat ini antara Kirkby dan Anfield, Liverpool menang empat, seri dua dan tujuh kali kalah.
Bagi pemain tiada tempat seperti rumah sendiri dan ia adalah Melwood.




