Pemakaian Dua Penyampai Radio Ketika Di Majlis Pengebumian Tun Abdullah Dikecam! | Oh! Media

Pemakaian Dua Penyampai Radio Ketika Di Majlis Pengebumian Tun Abdullah Dikecam! | Oh! Media

Penampilan dua penyampai radio popular yang hadir ke majlis penghormatan terakhir Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengundang kecaman hebat dari netizen. Apa kes?

Menurut laporan Utusan, terdapat satu video yang dikongsi di Instagram rasmi stesen radio berkenaan yang menunjukkan salah seorang penyampai dilihat hanya mengenakan baju T, seluar jeans biru dan topi, manakala rakannya pula tampil dengan baju kurta dan beg silang dan berseluar jeans hitam.

Netizen tegur penyampai radio tak hormat majlis

Rata-rata warganet menyifatkan pemakaian mereka sebagai tidak beretika dan tidak menghormati tokoh negara yang sedang diberi penghormatan terakhir.

Sepatutnya dia tahu nak buat penghormatan terakhir kepada arwah tapi pakaian itu satu hal, ini dengan topi lagi, AllahuAkbar tak ada etika berpakaian.

Nak kata Gen Z, umur dah 40 lebih. Tolonglah.

Ada juga yang menegaskan bahawa selebriti sepatutnya lebih peka dengan suasana dan tahu berpakaian sewajarnya ketika menghadiri majlis rasmi dan penuh hormat seperti ini.

Tak salah pun pakaian mereka tetapi teguran orang itu betul. Sekurang-kurangnya pakailah baju hitam atau berkopiah, tanda hormat.

Penghormatan buat Tokoh Negara

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Untuk rekod, majlis penghormatan jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi berlangsung dari 10 pagi hingga 1 tengah hari di Masjid Negara sebelum disemadikan di Makam Pahlawan selepas solat Zohor.

Kalau nak hadir ke majlis rasmi atau penghormatan, lebih baik kita berpakaian sopan dan mengikut etika. Ia bukan soal gaya, tapi tanda hormat kepada insan yang kita raikan atau kenang.

Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top