Pemandu bot larikan diri, lelaki warga Thailand ditahan

Pemandu bot larikan diri, lelaki warga Thailand ditahan

am@hmetro.com.my

Tumpat: Seorang lelaki warga Thailand diberkas selepas didapati memasuki negara ini melalui pangkalan haram di Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor di sini.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) sebaik tiba di tebing Sungai Golok pada jam 11.30 pagi semalam dengan menaiki bot.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pasukannya ternampak kelibat bot menghampiri pangkalan haram itu dan menurunkan penumpang di kawasan itu.

“Pemandu bot bagaimanapun melarikan diri dan meninggalkan lelaki Thailand terbabit selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek adalah warganegara Thailand dan gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

“Suspek memasuki negara ini melalui pangkalan haram Pulau Ular sebelum ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya tadi.

Beliau berkata siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top