Pemandu teksi Alor Setar terima baucar tebus minyak  – Utusan Digital

Pemandu teksi Alor Setar terima baucar tebus minyak  – Utusan Digital

ALOR SETAR: Seramai 65 pemandu teksi di bandar raya ini menerima sumbangan baucar tebus minyak bernilai RM40 daripada Yayasan Usahawan Negara (YUN) di Jalan Putra  di sini, hari ini.

Pengerusi YUN, Datuk Sri Megat D Shahriman  Zaharudin berkata, pemandu teksi terlibat  juga menerima bantuan beras bagi meringankan beban mereka selepas  pendapatan mereka terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut beliau, kebanyakan pemandu teksi di sini adalah ahli-ahli Persatuan Teksi Perdana dan Pemandu Teksi Perkasa.

Pemandu teksi Alor Setar terima baucar tebus minyak  – Utusan Digital

“Pihak kami menerima  keluhan daripasa pemandu teksi  yang rasa terpinggir selepas tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak sepanjang PKP ini.

“Malah, terdapat dalam kalangan mereka terpaksa menjual kenderaan mereka untuk meneruskan kehidupan selepas hilang punca pendapatan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan baucar  tebus minyak bernilai RM40 dan beras.

Menurut beliau, pemandu teksi boleh menebus baucar tersebut dengan mengisi minyak secara percuma di Stesen Minyak Petron, Jalan Putra di sini.

“YUN menyediakan peruntukkan sebanyak RM100,000 untuk menjayakan program tersebut bagi membantu golongan yang terkesan dengan PKP 3.0,’” katanya.- UTUSAN

Scroll to Top