Pembinaan semula Gaza perlukan pembiayaan AS$70 bilion – UNDP

Pembinaan semula Gaza perlukan pembiayaan AS bilion – UNDP
Pembinaan semula Gaza perlukan pembiayaan AS bilion – UNDP

Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan AS$70 bilion. Gambar fail AFP

 

GENEVA – Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan AS$70 bilion, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Selasa yang memetik Wakil Khas Program Bantuan kepada Rakyat Palestin di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Jaco Cilliers.

UNDP tidak dapat memberikan anggaran tempoh masa bagi kerja-kerja pembinaan semula itu kerana ia bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diterima, namun Cilliers berkata proses tersebut boleh mengambil masa “berdekad-dekad”.

Menurut anggaran UNDP, sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di Gaza, dan mayat rakyat Palestin yang terkorban mungkin ditemukan di bawah runtuhan, tambahnya. – Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan US$70 bilion
  • Wakil Khas Program Bantuan kepada Rakyat Palestin di bawah UNDP, Jaco Cilliers, menyampaikan maklumat tersebut
  • UNDP tidak dapat memberikan anggaran tempoh masa kerana ia bergantung kepada jumlah pembiayaan
  • Proses pembinaan semula boleh mengambil masa berdekad-dekad
  • Sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di Gaza
Scroll to Top