Oh! Tidak
Pemuda 23 tahun positif HIV selepas hubungan intim pertama, doktor kongsi bahaya seks tanpa perlindungan.
Seorang pemuda berusia 23 tahun berdepan detik cukup mengejutkan apabila disahkan positif HIV selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.
Apa yang membuatkan kisah ini jadi perhatian ramai, lelaki itu mendakwa dia baru pertama kali melakukan hubungan intim dengan seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi janji temu.
Perkongsian kisah itu dibuat oleh Dr Mohd Aizul Hafizi Ismail menerusi Threads selepas pesakit berkenaan sukar menerima keputusan pemeriksaan yang diterimanya.
Pemuda dakwa dia hanya buat ringan-ringan

Menurut doktor itu, pesakit berkenaan merasakan dirinya bukan individu berisiko tinggi kerana tidak kerap bertukar pasangan.
Malah, lelaki itu mendakwa sebelum ini dia hanya pernah melakukan perkara ringan-ringan sebelum akhirnya melakukan hubungan intim buat kali pertama.
Pesakit lelaki berusia 23 tahun. Baru pertama kali ‘celup’ (hubungan intim) dengan seorang wanita yang dikenalinya menerusi aplikasi janji temu.
Sebelum ini cuma ‘ringan-ringan’. Tiba-tiba apabila buat pemeriksaan kesihatan, keputusan HIV positif.- Katanya.
HIV bukan soal berapa ramai pasangan

Menurut Dr Aizul, masih ramai yang salah faham apabila menyangka HIV hanya berlaku kepada individu yang kerap bertukar pasangan.
Hakikatnya, jangkitan HIV boleh berlaku walaupun pada kali pertama seseorang melakukan hubungan intim sekiranya ia dibuat tanpa perlindungan.
Katanya, perkara paling penting bukan soal berapa ramai pasangan atau berapa kerap hubungan seksual berlaku, tetapi peluang virus itu memasuki badan.
Risiko itu boleh berlaku melalui hubungan seks tanpa perlindungan atau perkongsian jarum suntikan.
Jangan nilai status HIV melalui luaran

Dr Aizul turut mengingatkan orang ramai bahawa status HIV seseorang tidak boleh dinilai hanya melalui rupa paras, pekerjaan atau personaliti.
Seseorang mungkin kelihatan sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa, tetapi masih berkemungkinan menjadi pembawa HIV.
Sebab itu, perlindungan seperti kondom, kaedah pencegahan seperti PrEP dan saringan kesihatan tidak boleh dipandang ringan.
Dalam isu seperti ini, kesedaran dan ilmu yang betul sangat penting supaya orang ramai tidak terus terperangkap dengan salah faham yang akhirnya boleh memberi kesan besar kepada hidup mereka.
Pssttt! Kadang-kadang orang rasa “sekali je tak apa”, tapi itulah yang paling bahaya bila kita ambil mudah soal perlindungan dan kesihatan. Ohmedia harap korang jangan malu untuk buat saringan dan dapatkan maklumat yang betul, sebab dalam hal HIV, lebih baik mencegah awal daripada menyesal kemudian hari.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




