Penampilan ‘Berani’ Sharifah Sakinah Di Karpet Merah Undang Kritikan Ramai | Trending – Oh! Media

Penampilan ‘Berani’ Sharifah Sakinah Di Karpet Merah Undang Kritikan Ramai | Trending – Oh! Media

Trending

Penampilan Sharifah Sakinah di tayangan perdana Tarung: Unforgiven cetus kontroversi.


Pelakon terkenal, Sharifah Sakinah kembali menjadi perhatian netizen selepas penampilannya di tayangan perdana filem Tarung: Unforgiven baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Menerusi satu video di Tiktok Ohmedia, Sakinah dilihat mengenakan busana bercorak cut-out yang dianggap berani, sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Penampilan Sharifah Sakinah di karpet merah curi perhatian

Rata-rata netizen berpendapat pakaian tersebut terlalu mencolok mata dan kurang sesuai dengan norma budaya di Malaysia, lebih-lebih lagi untuk acara rasmi seperti tayangan perdana filem.

Ya Allah Sakinah, baju apa yang kau pakai tu..

Ni dekat Malaysia ke Amerika?

Ada juga tampil dengan nasihat

Sharifah Sakinah

Namun begitu, tidak semua komen bersifat negatif. Ada juga netizen yang tampil dengan kata-kata nasihat dan doa, berharap Sakinah diberikan hidayah untuk menjadi insan yang lebih baik.

Di ruangan komen, segelintir pengguna media sosial menitipkan harapan agar aktres itu terus memperbaiki diri dan lebih berhati-hati dalam penampilan di masa akan datang.

Pssttt! Setiap orang ada pandangan berbeza, tapi teguran paling baik adalah yang disampaikan dengan hikmah. Semoga apa pun kritikan, ia membawa kepada kebaikan, bukan perpecahan.

Kredit: Tiktok Ohmedia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top