Pendirian Nepal tolak pasukan penyelamat luar, tapi terima bantuan barangan -Khaled

Pendirian Nepal tolak pasukan penyelamat luar, tapi terima bantuan barangan -Khaled

Kerajaan Nepal hanya menerima bantuan dalam bentuk barangan daripada negara luar termasuk Malaysia dan tidak mahu penghantaran pasukan penyelamat asing ke negara itu.

SMART sentiada bersedia jika digerakkan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sentiasa bersedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.

Kerajaan Nepal telah pun membuat pendirian yang dia hanya menerima bantuan-bantuan dalam bentuk barangan. Tapi bukan hantar anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Syarahan Eksekutif Bersama PALAPES Universiti Awam di Universiti Malaysia Perlis, hari ini.

Pendirian Nepal tolak pasukan penyelamat luar, tapi terima bantuan barangan -Khaled

Foto: The Star

Tindakan Nepal demi elak masalah penyelarasan

Menurutnya, pendirian tersebut dibuat bagi mengelakkan masalah penyelarasan sekiranya terlalu banyak pasukan luar dihantar ke Nepal.

Walau bagaimanapun, Nepal tidak menghalang penghantaran barangan yang diperlukan termasuk peralatan mencari dan menyelamat.

Malaysia sebelum ini menyatakan kesediaan mengatur gerak SMART ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat susulan bencana pada 26 Ogos lalu.

Foto: Bernama

Bencana berkenaan berlaku selepas runtuhan ais dan batu dari kawasan glasier di pergunungan Himalaya mencetuskan aliran lumpur besar yang melanda kawasan berhampiran sempadan Nepal-China, termasuk Pelabuhan Gyirong di Tibet.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled dijadualkan mengadakan lawatan ke Batalion Kelima Rejimen Sempadan di Bukit Kayu Hitam bagi mendengar taklimat serta bertemu anggota yang bertugas menjaga sempadan negara.

Sumber: Buletin TV3 (Amira Suraini Che Mohamad)

Scroll to Top