Pening Fikir Masalah Duit? XTRA VAGANZA Tawar Solusi Dengan Pembiayaan Sehingga RM400k | Branded – Oh! Media

Pening Fikir Masalah Duit? XTRA VAGANZA Tawar Solusi Dengan Pembiayaan Sehingga RM400k | Branded – Oh! Media

Pernah tak rasa gaji baru masuk, tapi komitmen kewangan dah mula menunggu? Tambahan pula bila ada keperluan yang memerlukan perbelanjaan lebih besar seperti mengubah suai rumah, menghantar anak melanjutkan pengajian, memulakan atau mengembangkan perniagaan, mahupun menyusun semula hutang sedia ada seperti kad kredit.

Semua ini memerlukan perancangan kewangan yang bijak. Dengan penyelesaian pembiayaan yang tepat, anda boleh menguruskan keperluan hari ini tanpa menjejaskan perancangan masa hadapan.

Jadilah Pengguna Bijak Dengan Memilih Perbankan Yang Tepat!

Hakikatnya, kita sentiasa ada pilihan untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak. Cuma, sama ada kita mahu mengambil peluang itu atau tidak.

Jangan risau, kami ada solusi yang bukan sahaja membantu memenuhi keperluan kewangan, malah patuh Syariah. MBSB Bank memperkenalkan Pembiayaan Peribadi-i XTRA VAGANZA, peluang yang tidak patut dilepaskan.

Pembiayaan ini menggunakan konsep Tawarruq (Komoditi Murabahah) yang bebas daripada unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan perjudian.

Ia terbuka kepada orang awam, kakitangan kerajaan serta pekerja Kerajaan, GLC, MNC dan syarikat swasta terpilih.

Kelayakan permohonan adalah untuk individu berumur 19 tahun ke atas dan had umur maksimum sehingga 60 tahun atau mengikut umur persaraan, yang mana terdahulu.

Kenapa Perlu Pilih Pembiayaan Peribadi-i XTRA VAGANZA?

Jika anda mencari pembiayaan yang menawarkan proses kelulusan dan pengeluaran dana yang pantas, Pembiayaan Peribadi-i XTRA VAGANZA sememangnya pilihan yang sesuai dengan keperluan masa kini.

Lebih menarik, anda boleh menikmati kadar keuntungan kompetitif serendah 2.60% setahun*. Kadar yang rendah ini membantu anda merancang kewangan jangka panjang dengan lebih yakin tanpa dibebani bayaran balik bulanan yang tinggi.

Perlukan pembiayaan yang lebih besar? MBSB Bank menawarkan amaun pembiayaan sehingga RM400,000, bergantung kepada kelayakan.

Bukan itu sahaja, pembiayaan ini turut menawarkan penangguhan bayaran selama tiga (3) bulan. Ini memberi ruang kepada anda untuk menyusun semula perancangan kewangan sebelum membuat bayaran balik pertama.

Lebih XTRA lagi, setiap pelanggan yang layak turut berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Antara hadiah lumayan yang menanti:

Hadiah Utama

Hadiah Suku Tahunan

  • iPhone 17 Pro Max 256GB (3 pemenang)
  • Pakej percutian bernilai RM10,000 (2 pemenang)
  • Kad Hadiah Harvey Norman bernilai RM1,000 (7 pemenang)

Menarik, bukan?

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jom Amalkan ‘Perbankan Lebih Bijak’ Hari Ini!

Pembiayaan Peribadi-i XTRA VAGANZA direka khas untuk membantu anda menguruskan keperluan kewangan, menyatukan komitmen sedia ada pada kadar yang lebih kompetitif, atau merealisasikan pelbagai impian yang tertangguh — semuanya melalui penyelesaian pembiayaan yang patuh Syariah.

Jangan lepaskan peluang menikmati pakej serba XTRA ini. Tempoh kempen berlangsung sehingga 28 Februari 2027.

Untuk maklumat lanjut atau membuat permohonan, layari laman web rasmi MBSB Bank atau ikuti Facebook dan Instagram MBSB Bank untuk mendapatkan perkembangan terkini.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top