
Ayron Del Valle (kanan) mengetuai enam pemain yang akan meninggalkan Selangor bagi saingan musim 2024/25. Foto: Bernama
PENJARING terbanyak Liga Super 2023, Ayron Del Valle, mengetuai enam pemain yang akan meninggalkan Selangor bagi saingan musim 2024/25.
Sejam selepas mengumumkan pemergian ketua pasukan, Brendan Gan, Gergasi Merah dalam satu kiriman sosial media turut mengucapkan selamat tinggal dan mendedikasikan penghargaan tertinggi buat Ayron, Yazan Al-Arab, Boakye-Yiadom, Rauf Salifu dan Zahril Zabri.
“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Brendan Gan, Ayron Del Valle, Yazan Al-Arab, Boakye-Yiadom, Rauf Salifu dan Zahril Zabri atas kerja keras dan sumbangan mereka kepada kelab ini.
“Mereka berkongsi sebanyak 192 penampilan, menjaringkan 51 gol dan mencatatkan 21 bantuan.


