Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif“ Di Pelamin Fattah & Amira 

Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif“ Di Pelamin Fattah & Amira 

Perkongsian seorang usahawan mural khat memuji majlis pernikahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Khan apabila terdapat tulisan khat di pentas pelamin.

Menerusi perkongsian di TikTok, usahawan dikenali sebagai Rahman Suhlan itu berkata memuji kerana menjadikan tulis khat sebagai latar belakang pentas dengan tulisan huruf ‘fa’ dan ‘alif’.

BACA: “Pengorbanan Besar Buat Wanita Yang Pertama Kali Berumah Tangga” – Watie

Menurut Rahman lagi, dengan hiasan tersebut sekaligus dapat menaikkan seni khat dan jawi serta mungkin akan menjadi ikutan ramai buat bakal pengantin.

“Apa yang menarik perhatian saya ialah tulisan khat yang begitu megah menjadi latar belakang pentas pelamin. Huruf fa dan alif.

“Tulisan khatnya boleh dikatakan ialah Khat Thuluth ataupun Sulus. Sifat alif bertopi tajam dan fa berlenggok menarik. Walaupun ianya tidaklah setepat kaedah sebenar namun saya puji sangat usaha menaikkan seni khat dan jawi seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Rahman berkata dia turut tertarik dengan gabungan huruf itu yang diulang 11 kali yang diletakkan di gerbang pelamin dan mungkin ada simbolik tertentu.

“Gabungan huruf fa dan alif sebanyak 11 kali diulang yang diukir dalam satu baris mungkin ada simbolik tertentu yang hanya mereka saja tahu. Sangat menarik bila diletak atas gerbang pelamin,” katanya.

Dalam pada itu, usahawan itu juga berharap hiasan tulisan khat dan jawi itu dapat menjadi ikutan buat bakal pengantin selepas ini dan ianya dapat dilihat di majlis pernikahan yang serba indah.

“Semoga usaha murni ini dapat dicontohi oleh orang lain memandangkan ini mungkin adalah Wedding Of The Year.

“Bayangkan di setiap majlis walimatul urus oleh orang kenamaan dan orang biasa dihiasi dengan seni khat dan tulisan jawi, bukankah itu satu pencapaian yang membanggakan kami, para penulis khat dan penulis jawi,” katanya.

Sumber: TikTok


Scroll to Top