Penunggang motosikal maut digilis lori simen

Penunggang motosikal maut digilis lori simen

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori pembancuh simen dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.23 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul bersama enam anggota dikerahkan ke lokasi.

“Sebuah jentera bersama enam anggota dari BBP Sentul digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 4.34 petang.

“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori muatan simen. Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 40-an digilis lori dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sementara itu, pegawai penyiasat daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur difahamkan masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan awal.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top