Penyokong Scotland menang loteri di Boston

Penyokong Scotland menang loteri di Boston

Boston: Empat penyokong Scotland menerima durian runtuh apabila memenangi hadiah lebih AS$10,000 (RM45,000) dalam cabutan bertuah ketika menyaksikan perlawanan besbol di Boston.

Empat individu itu yang terdiri daripada dua pasangan bapa dan anak membeli nombor bertuah di Stadium Boston Red Sox yang dipenuhi penyokong Tartan Army, Ahad lalu.

Menurut BBC, ia berlaku sehari selepas Scotland menandakan penampilan pertama mereka di Piala Dunia dalam tempoh 28 tahun dengan kemenangan 1-0 ke atas Haiti.

“Kami menyemaknya pada inning kesembilan. Kami terpaksa melihatnya dua kali.

“Nombor itu memang sama. Saya rasa kami memeriksanya tiga atau empat kali. Ia sukar dipercayai. Saya masih tidak percaya,” kata Paul Innes selepas menerima hadiah AS$10,677 (RM48,000).

Scotland dijadual menentang Maghribi di Stadium Boston di Foxborough, berhampiran Boston, Jumaat ini.

Mereka sekali lagi akan mendapat sokongan puluhan ribu penyokong yang hadir memberi semangat kepada pasukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top