Peranan Kerjasama antara Pihak Sekolah dengan Masyrakat dan Ibu Bapa dalam Meningkatkan Amalan STEM di Sekolah.

Kuala Lumpur: Dalam pancaroba negara mengejar kemajuan yang saban tahun semakin berkembang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bidang pendidikan turut terpalit sama mengejar kemajuan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan mencapai tahap penguasaan yang menyeluruh dalam semua aspek. STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Hal ini kerana kehendak kepada STEM wujud apabila faktor tekanan yang menginginkan tenaga kerja yang melibatkan STEM semakin meningkat hari demi hari. Pendidikan literasi STEM ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2014.

Pelajar mula kurang minat dengan mata pelajaran sains dan matematik kerana mereka menggangap mata pelajaran berkenaan adalah subjek yang susah untuk difahami dan memerlukan banyak masa untuk menguasai sesuatu topik. Akibatnya mentaliti ini ramai yang mula memilih subjek yang tidak menjurus kepada aliran ini di sekolah. Secara tidak langsung minat pelajar turut berkurangan dan jurang ini boleh dilihat melalui peratusan pelajar yang mengambil aliran sains di sekolah – sekolah di Malaysia.

Oleh itu, Pendidikan STEM perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar generasi akan datang mulai minat dan ingin menceburkan diri dengan lebih serius agar penguasaan Pendidikan

STEM bukan sahaja di tahap sekolah tetapi di tahap Antarabangsa. Semua pihak khususnya ibu bapa dan masyarakat perlu berganding bahu bagi merealisasikan hasrat baik ini serta menyuntik semangat Pendidikan STEM dalam diri generasi kini dan akan datang.

Pendedahan masyarakat terhadap Pembelajaran berasaskan Project-Based STEM yang menarik.

PBL atau Project-Based Learning merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang boleh di adaptasi di kalangan pendidik pada masa kini. Kaedah ini dapat menimbulkan rasa inkuiri yang tinggi dalam kalangan pelajar apabila pembelajaran yang dilaksanakan luar dari norma kebiasaan. Sejajar dengan era pembelajaran β€œremote learning”, PBL dianggap pembelajaran yang paling sesuai untuk dijalankan. Hal ini disebabkan tempoh masa yang terhad menyebabkan pembelajaran dalam talian menjadi gaya pembelajaran baharu.

Banyak aktiviti yang boleh disemai dengan ciri – ciri STEM misalnya sewaktu membuat sesi 3 penjuru atau mengambil kad kemajuan anak – anak. Pihak sekolah boleh menyelitkan pameran – pameran serta aktiviti – aktiviti yang menarik serta bermaklumat kepada anak – anak dan ibu bapa. Secara tidak langsung, peembukaan minat serta pandangan yang lebih mencapah dapat disampaikan secara bersahaja tetapi input yang maksimum dapat disalurkan. Aktiviti membuat jambatan atau roket air boleh membuka pandangan berkaitan konsep – konsep sains yang dipandang sukar selama ini kepada sesuatu yang menarik.

Keberkesanan pendedahan ini perlu diberikan oleh pihak sekolah dengan usaha sama Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pendidikan Malaysia agar pendedahan kepada masyarakat agar ilmu STEM dapat terus berkembang dan memperoleh sesuatu yang bakal

membanggakan negara kelak. Bertitik tolak dari itu, pemupukan minat dan kadar keterbukaan pelajar perlu diberi perhatian agar pelajar dapat melihat dengan jelas kepentingan STEM dalam kehidupan seharian.

Pendedahan teknologi dalam pembangunan masyarakat.

Teknologi membuka mata ramai pihak bahawa betapa penting sesuatu teknologi itu diaplikasi. Dalam sektor pembuatan kereta misalnya, teknologi kenderaan yang menggunakan minyak atau petrol sepenuhnya telah bertukar menjadi kenderaan Hibrid iaitu kenderaan yang tidak bergantung kepada petrol semata – mata sahaja tetapi menggunakan bateri untuk mengerakkan kenderaan. Hal ini dapat mengurangkan penggunaan petrol serta pencemaran karbon yang makin hari makin membimbangkan malahan teknologi terkini pada hari ini membuktikan kenderaan sepenuhnya menggunakan elektrik seperti Tesla

Apabila COVID-19 melanda, pembelajaran anak- anak mula dilatih secara dalam talian. Pendedahan teknologi kepada masyarakat amat penting agar pembelajaran anak – anak tidak tertinggal berbanding rakan – rakan yang lain. Hal yang demikian ibu bapa perlu menguasai pengguanaan teknologi yang sedia ada bagi memastikan anak – anak dapat maklumat yang ingin disampaikan oleh guru – guru. Aplikasi seperti WhatsApp Web, Telegram Web, Google Meet, Zoom, Kahoot dan banyak lagi adalah antara medium pembelajaran dalam talian sehingga pembelajaran dalam makmal turut dilakukan secara tontonan video YouTube atau menggunakan aplikasi LabXchange. Ia adalah salah satu platform dalam talian untuk mempelajari eksperimen secara dalam talian. Maka benarlah pendedahan teknologi dalam kalangan masyarakat adalah penting.

Oleh itu, penglibatan masyarakat serta pelajar amat penting supaya keterbukaan dengan teknologi membuatkan para pelajar semakin seronok untuk mencuba dan semangat ingin tahu

mula lahir dalam diri setiap insan. Hal ini memberi impak yang positif dalam bidang atau Pendidikan STEM dan secara tidak langung wujudnya peluang pekerjaan yang bercirikan STEM. Pelajar yang dihasilkan turut mempunyai kreativiti dan intektual yang mantap. Justeru itu, pendidikan STEM harus diperkasa dari peringkat awal lagi bagi mencapai keberhasilan pelajar dalam bidang berkenaan semakin menebal.

Pembangunan melibatkan unsur STEMΒ 

STEM bukan berlatar belakang pengajaran di dalam kelas samata – mata tetapi banyak perkara yang boleh diaplikasi berunsurkan STEM. Pertandingan antara gabungan guru dan masyarakat merancakkan lagi keunggulan dunia STEM dan secara tidak langsung akan menimbulkan rasa keinginan untuk berinovasi sejajar dengan hasrat kerajaan mengilap masyarakat serba tahu. Aktiviti STEM juga boleh diterpkan dalam kehidupan seharaian masrakat dalam pelbagai bentuk dan konsep yang berkesesuaian.

Antara bentuk pembangunan STEM yang boleh diketengahkan ialah dalam bentuk perfileman. Ia kedengaran mustahil pada mulanya tetapi jika banyak pengarah – pengarah filem sedar akan kepentingan STEM maka akn lahir filem – filem yang berunsurkan STEM dan secara tidak langsung keterbukaan dalam dunia STEM semakain tinggi dan membawa kepada pembangunan STEM yang positif. Filem dan dokumentasi STEM dalam bahasa Melayu seharusnya diperbanyak agar kesedaran bukan sahaja lahir pada golongan muda tetapi pada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira struktur geografi mereka.

Pihak korporat juga perlu memainkan pernan penting bagi menyalurkan dana dan idea yang bernas bagi menjayakan pembangunan STEM. Hal ini bagi membangkitkan semangat masyarakat dan membina hasrat serta keyakinan terhadap pembangunan STEM yang semakin hari semakin dilupakan. STEAM sememagnya merupakan satu konsep yang tidak asing lagi tetapi kesedaran yang kurang dalam kalangan masyarakat kita yang menjadikannya asing serta janggal. Maka diharapkan pembangunan yang dicapai serta teknologi yang ada dapat meningkatkan mutu STEM ketahap lebih baik.

 

Penulis:

Mohd Hasif Azman @ Mohd Said
Mahasiswa Sarjana Pendidikan Kimia,
Fakulti Sains dan Matematik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dr Mohd Mokhzani Ibrahim
Pensyarah,
Fakulti Sains dan Matematik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Scroll to Top