Peranan USIA kagumkan negara-negara Islam

Pada 26 Mei 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang ditubuhkan pada tahun 1968 hasil usaha Tun Datu Mustapha Datu Harun telah memperkenalkan Sabah sebagai negeri Islam terbilang, malah menjadi perhatian negara-negara Arab.

USIA berjaya meninggikan serta memelihara kepentingan agama Islam dan buktinya, hampir 80,000 orang telah memeluk agama Islam dalam masa hanya lima tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Mei 1970 – Bank Antarabangsa telah meluluskan pinjaman RM64.5 juta kepada Malaysia untuk rancangan pembinaan semula dan pembangunan dengan kadar faedah tujuh peratus setahun.
  • 26 Mei 1972 – Kerajaan berkemungkinan besar akan mengharamkan iklan rokok menerusi radio dan televisyen kata Menteri Kesihatan, Lee Siok Yew.
  • 26 Mei 1973 – Seramai 22,241 orang termasuk murid-murid sekolah telah disuntik dengan ubat pencegah demam kepialu di kawasan Kedah Tengah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]