Perasaan macam menang Piala Dunia – Hannah Yeoh

Perasaan macam menang Piala Dunia – Hannah Yeoh

Pemain Malaysia, Romel Morales (kiri) meraikan jaringan gol pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini. Foto Bernama

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggambarkan perasaan ketika skuad Harimau Malaya mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia seumpama memenangi Piala Dunia.

“Perasaan seri 3-3 dengan Korea ni macam kita baru menang Piala Dunia,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya.

Skuad negara tampil dengan persembahan memukau untuk mengikat pasukan Korea Selatan yang berada di ranking ke-23 dunia dalam aksi di Stadium Al Janoub pada Khamis.

Dalam pada itu, Hannah turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai hadiah amat bermakna buat penyokong Harimau Malaya selepas kegagalan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik di Piala Asia.