LATEST

Perasuah tempatnya di penjara – Anwar

Perasuah tempatnya di penjara – Anwar

SHAH ALAM – Jasa ratusan tahun sekalipun tidak boleh dijadikan alasan untuk berkompromi dengan rasuah atau membiarkan harta rakyat serta negara dirompak.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap mempertahankan perbuatan rasuah atas nama jasa seseorang itu jauh daripada ajaran Islam.”‘Tolerance for evil’ (bertolerasi terhadap kejahatan) inilah yang merosakkan kita. Kita yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang.”Sampaikan mesej jelas bahawa pelaku rasuah tempatnya di penjara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Anwar turut berkongsi petikan ucapannya pada Forum Ilmuwan Madani Siri 14 yang menyentuh mengenai ‘permissiveness’ atau budaya yang sentiasa berkompromi terhadap kesalahan.Anwar berkata, istilah ‘permissiveness’ pernah digunakan pemimpin Indonesia, Muhammad Natsir bagi menggambarkan sikap terlalu bertolak ansur sehingga perbuatan salah seperti kerosakan, kecurian dan rasuah turut dianggap perkara biasa.”Semua okey. Rosak sikit, okey. Curi sikit, okey. Sikit berapa? Bilion, okey.”Jadi, ‘this tolerance for evil’ yang merosakkan kita,” katanya.Sebelum ini, Anwar pada malam Selasa turut berkongsi hadis Rasulullah SAW mengenai keadilan dalam pelaksanaan hukuman tanpa mengira kedudukan seseorang.Beliau memetik hadis riwayat al-Bukhari (3475) daripada Aisyah RA yang mengingatkan bahawa umat terdahulu dibinasakan apabila golongan berkedudukan tinggi dilepaskan daripada hukuman, manakala golongan lemah dikenakan hukuman atas kesalahan sama.”Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah apabila orang yang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila orang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, mereka melaksanakan hukuman hudud ke atasnya.”Demi Allah! Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya,” katanya.Hadis berkenaan menekankan tentang prinsip keadilan dalam melaksanakan hukuman tanpa memikirkan pangkat atau kedudukan individu.Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan nama mana-mana individu dengan perkembangan kes semasa dalam hantaran berkenaan.Hantaran itu dibuat selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa yang memerintahkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta yang dikeluarkan Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu dan menggantikannya dengan perintah tahanan rumah.Berdasarkan perintah berkenaan, Najib dibenarkan menjalani baki hukuman di kediamannya sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pengampunan bersyarat yang ditetapkan.

Latest news