Perkongsian Aniq Suhair raih pujian

Perkongsian Aniq Suhair raih pujian

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pelakon Aniq Suhair mencuri perhatian warga maya bila memuat naik hantaran video dirinya sedang mengaji al-Quran di aplikasi TikTok.

Aniq atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, berkata, sesekali dia juga mahu berkongsi video dirinya mengaji di platform media sosial miliknya itu.

“Sekali sekala ‘post’ mengaji takpe kan,” tulisnya.

Perkongsian video Aniq membaca Surah Fatir itu mendapat perhatian dari wargamaya yang memuji bacaannya itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memuji bacaan Aniq dan memintanya untuk selalu berkongsi video sedemikian.

Tidak kurang juga yang memuji suara aktor itu yang dikatakan merdu ketika membaca surah terbabit.

Terdahulu, Aniq juga meminta semua pihak supaya memadam semua foto dan video memaparkan dirinya berseluar pendek di seluruh platform media sosial.

Kata bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 itu, dia dalam fasa memperbaiki dirinya ke arah kebaikan.

Pada masa sama, Aniq juga mendedahkan hatinya tergerak untuk berubah ke arah kebaikan selepas terbabit dalam drama berjudul Cinta Bersemi Di Wafi Safiyyah untuk slot Akasia di TV3 dengan memegang watak sebagai Ustaz Iqbal.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top