am@hmetro.com.my
Segamat: Penjualan mercun secara atas talian adalah satu kesalahan boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang dan syarikat terbabit digesa bekerjasama dengan polis bagi mengatasi isu penyeludupan bahan itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara online kerana penjualannya tidak dibenarkan.
Beliau berkata, namun setakat ini pihaknya masih belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online, namun akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memberi bantuan teknikal kepada polis dalam kes penjualan mercun menerusi dalam talian sekiranya perlu.
“Antaranya ialah mengenal pasti suspek, kepakaran forensik dan jika perlu menyekat laman sesawang berkenaan,”
katanya ditemui di Majlis Iftar Santunan Ramadan, Penyampaian Duit Raya kepada 48 anak Yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PKAYIS) Segamat Dan Anak Keluarga Polis di Dewan Kuaters Polis di Jalan Segamat Muar di sini.
Menurutnya, penyimpanan dan penghantaran mercun-mercun itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada petugas yang berkhidmat di syarikat penghantaran.
© New Straits Times Press (M) Bhd




