Penyanyi Ara Johari berkata dia membeli kereta mewah jenis Toyota Alphard Executive Lounge bukan bertujuan untuk menunjuk sebaliknya perlukan kenderaan yang selesa.
Memetik Oh Bulan, Ara berkata dia membuat keputusan membeli kereta MPV itu selepas pertimbangkan kos sewa yang ditanggung setiap kali perlu membuat persembahan di luar kawasan.
BACA: Ara Johari Jadi Mangsa Cabul, Lelaki Tarik Tangan & Cium
Menurut Ara lagi, kereta tersebut bukan dibeli secara tunai sebaliknya berhutang dengan bank.
“Saya beli MPV bukan sebab nak bermegah. Ini keperluan untuk kerja. Saya dan pasukan selalu ‘show’ luar Kuala Lumpur seperti Johor, Pulau Pinang, jadi kami perlukan kenderaan yang selesa.
“Sebelum ni saya hanya sewa kenderaan setiap kali keluar daerah, tapi bila kira semula, lebih baik beli sendiri kerana kosnya lebih kurang sama,,” katanya.
Sementara itu, Ara berkata dia seorang yang telilit dalam soal kewangan dan merancang untuk membeli kereta tersebut pada hujung tahun namun rezeki datang lebih awal.
“Saya ada ‘finance’ yang tegas uruskan kewangan saya. Gaji bulanan saya tetap macam orang lain, tak besar pun. Duit ‘show’ pula semua masuk akaun syarikat.
“Saya bukan jenis ‘shopping’ ikut hati. Kadang-kadang sebulan sekali baru saya beli sesuatu. Itu pun saya akan utamakan perkara penting dulu,” katanya.
Sumber: Ara Johari Jadi Mangsa Cabul, Lelaki Tarik Tangan & Cium