mhafis@mediaprima.com.my
Petaling Jaya: Siasatan awal polis dipercayai kereta Perodua Kembara dipandu lelaki secara berbahaya sebelum merempuh dua kenderaan lain dan melarikan diri di Lebuhraya Persekutuan milik bengkel kereta.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal setakat ini, dipercayai kereta itu milik bengkel kereta yang dipinjamnya selepas keretanya rosak.
“Siasatan lanjut masih dijalankan” katanya dalam kenyataan hari ini.
Harian Metro hari ini melaporkan polis sedang mengesan pemandu Perodua Kembara yang dikesan memandu secara berbahaya sebelum merempuh dua kenderaan lain dan melarikan diri di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada 20 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, pihaknya mengesan video kejadian yang tular di media sosial pada 7.45 malam tadi sebelum siasatan lanjut dijalankan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 6.10 petang apabila Perodua Kembara yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 59 tahun itu dalam perjalanan dari Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur.
“Setiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai memandu secara berbahaya sehingga melanggar sebuah kereta dan sebuah motosikal.
“Selepas kemalangan itu, pemandu terbabit melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




