Perpisahan Istimewa buat Rossi

Portimao: Pelumba veteran, Valentino Rossi berkata bahawa ia pasti menjadi saat istimewa apabila dia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan pengeluar Yamaha MotoGP selepas 15 tahun bersama.

Joan Mir sudah pun mengesahkan kejuaraan dunia namun tempat kedua dan juara kategori pengeluar belum diketahui dan akan menjadi perebutan menjelang pusingan terakhir pada hari Ahad ini.

Juara dunia 9 kali itu yang memenangi tujuh kejuaraan dunia dalam kelas MotoGP adalah antara pelumba yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan pengeluar itu bersama-sama Andrea Dovizioso dan Cal Crutchlow yang cuma akan menjadi pelumba ujian untuk Yamaha tahun hadapan.

Rossi akan menyertai pasukan satelit Petronas Yamaha manakala pasukan pengeluar Yamaha MotoGP pula akan dibarisi oleh Fabio Quartararo dan Maverick Vinales pada musim depan.

“Ahad ini pasti sangat istimewa kerana kami melalui tempoh yang panjang bersama”, kata Rossi yang dua kali menyertai pasukan pengeluar Yamaha.

“Sejarah kami terbahagi kepada dua bahagian. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak Yamaha kerana memberikan peluang lagi selepas dua tahun di Ducati”, katanya lagi.

“Bahagian kedua amat panjang. Kami bersama-sama memenangi kejuaraan dunia tetapi apapun ia adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Sudah pasti saya akan merindui pasukan ini”, tambahnya.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Sports Desk