Penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan penglibatan selebriti dalam misi bantuan kemanusiaan di G4z4.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Zizi terkilan dengan pandangan negatif netizen serta menjelaskan misi tersebut adalah untuk memberikan bantuan kepada saudara Islam di G4z4.
BACA: Zizi Kirana Berdepan Detik Cemas Kapal Didatangi Dron

Sementara itu, Zizi berkata sebelum ini dia memilih untuk tidak melayan kata-kata negatif tersebut namun dia bersuara untuk menjelaskan keadaan sebenar.
“Sedikit kecewa dengan pemikiran orang-orang yang tak habis dengan pertikaian. Pertikai kenapa artis pergi misi, belum lagi ada yang pertikai hukum wanita pergi misi.
“Dah terang-terang mufti bagi jawapan tak nak dengar. Alangkah lebih baik kita sama-sama fokus dengan misi kita nak bantu G4z4,” katanya.




