
Baru-baru ini platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di platform Shopee Live bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam bergaya serta menggalakkan mereka membeli barangan lokal.


Bertemakan ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia dengan ‘twist’.


“Fesyen dan kecantikan di Shopee sesuai buat semua untuk meraikan Hari Raya. Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan.
“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma,” kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh.


Pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita menonjolkan busana yang berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama.
Sepuluh penjual fesyen Muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman. Barang kemas dan aksesori Habib Jewels turut dipersembahkan di pentas runway.


Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini ialah Y.O.U, Simply Siti, Silky Girl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, Barren Bliss, Alha Alfa, dan AISASEA.
Model ‘body positive’ Hikma Al Hassan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik.




Untuk gaya pertama bertemakan Kek Lapis, Shopee mengajak rakyat Malaysia untuk bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur.
Seperti dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna jingga gelap buat lelaki dan wanita dengan pelbagai warna kulit.




Editor Pengurusan NONA, Hijabista, dan Mingguan Wanita Kiffy Razak berkongsi tip gaya mengikut trend terkini
“Anda boleh menggabungkan ‘color-blocking’ ala kek lapis, warna jingga yang terang namun chic atau nostalgia dalam pemakaian seseorang sambil mengintegrasikan sentuhan glam dan gaya klasik.”
Shopee turut menawarkan rangkaian pelbagai dan ‘wholesome’ dalam pilihan fesyen untuk seluruh keluarga.
Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie yang turut memiliki kedai Skuad Shopee Celebrity berkata, “Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada anda berada di kampung atau bandar. Berpakaian secara selesa dan sopan, elakkan ‘overdressing’.
Juga dari Skuad Shopee Celebrity, Zoey Rahman, pelakon Malaysia dan pengasas Mikaseries, turut memberikan pandangan tentang bagaimana untuk bergaya di hari raya.
“Saya lebih suka Baju Melayu klasik dengan kolar cekak musang dan butang yang tersorok. Saya akan gayakan dengan sampin instant yang boleh disiapkan dalam masa dua minit. Saya suka idea pakaian ini kerana ia klasik dan sesuai dipakai pada pagi raya.”
Kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee sedang berlangsung sehingga 11 April 2024. Tahun ini Shopee akan memperkenalkan ciri baharu Change of Mind (Perubahan Fikiran) 15 Hari Pengembalian Percuma. Bermula 19 Mac 2024, anda boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya (full refund), dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee.
Layari web mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan web mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM1
Download seeNI sekarang!

Setelah lima tahun berhijab, pelakon popular, Emma Maembong akhirnya mengambil keputusan untuk menanggalkan tudungnya. Pelbagai reaksi diterima termasuk dari Pendakwah Terkenal, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz. Datuk Hassan al-Hafiz menyeru semua pihak bersangka baik kepada pelakon wanita terbabit. Namun beliau turut menasihatkan Emma supaya bertaubat.
Menurutnya juga dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu akan tersasar. Jadi dakwah kita kepadanya adalah dengan memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan yang benar.
“Tindakannya yang sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ini tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah daripada aliran agama,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Hassan juga turut berpesan agar Emma mencari kawan yang baik, belajar agama dan ketiga carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya.
“Pesan saya buatnya, pertama carilah kawan yang baik. Kedua, belajar agama dan ketiga, carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya. Janganlah hati kita berbolak-balik dalam melakukan kebaikan, ini dikategorikan sebagai jiwa tak tenteram.
“Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat,” katanya.
Dalam pada itu sebaik Emma muat turun fotonya tidak berhijab, ruangan komen membanjiri di laman Instagramnya. Masing-masing memberikan pendapat tersendiri berhubung tindakannya yang tidak mahu lagi berhijab.
Knp kisah pandagan orang.. Kisah lah pandagan Allah pada awak Emma.. Xpela.. Doakan awak smoga cepat mndpt hidayah.. Sy suka Sgt bila Emma bertudung.. Sgt cntik.. Berseri2.. Skrng seri pun dh hilang.. Doa yg baik2 aje.. Amin..
Knapa kamu hidup dimuka bumi ni..xmalukah kamu..kamu bdiri dibumi allah hidup udara yg allah bg..tp kamu xikut printah allah..
Stay strong..moga satu hari nnti iman kk emma tros kuat ntok kekal bertudung..
aurat ini mahal bukan senang ii pemberi memberinya.so jaga lah ia seperti anda menjaga keluargamu….@emma_maembongofficial
My wish and du’a for you and me always istiqomah in everything..Allah love us more
KREDIT FOTO: INSTAGRAM EMMA MAEMBONG.
Download seeNI sekarang!

Walaupun tiada tangan, Norfarrah Syahirah Shaari tidak pernah menjadikannya sebagai kekurangan malah membuktikan pada semua yang dia juga boleh melipat cebisan kain dengan sempurna dengan menggunakan jari kaki.
Dengan tanda pagar #darikomunitiuntukkomuniti, videonya yang tular dalam media sosial meraih hampir 5,000 tontonan selepas dikongsikan penyanyi yang juga penyampai radio Kool FM, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin.


Video berdurasi 1 minit 59 saat itu menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi menjadikan sesiapa yang melihatnya terkesima dengan keupayaan gadis luar biasa itu.
Lincah sahaja melihat jari jemari kaki kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan kelainan upaya itu menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) petugas perubatan barisan hadapan (frontliner).
“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki. Ok, saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner ni.
“Ni je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yang semangat nak membantu. Semoga urusan kami dipermudahkan, amin,” jelasnya.


Siapa sangka, dirinya juga yang merupakan seorang penceramah motivasi itu terus memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan beberapa videonya yang tular memandu kereta dan tutorial memakai selendang serta telekung.
Projek amal dan tanggungjawab sosial (CSR) #DariKomunitiUntukKomuniti itu melibatkan 10 sukarelawan yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan termasuk Norfarrah Syahirah.
Aktiviti menjahit PPE untuk frontliner Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan oleh team sukarelawan itu bersama 30 tukang jahit komuniti yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari kolej terbabit.
Sebanyak 400 meter kain PPE yang dipotong di kolej dan di rumah beberapa tukang jahit dikumpulkan sebelum diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing.
kredit: Sinar Plus
Download seeNI sekarang!

Jumaat yang barakah, Dato Vida kelihatan berseri dengan persalinan berwarna pink, namun apa yang mengejutkan sebuah kiriman kotak berbalut songket mewah tarik perhatian ramai.
Tiada tanda-tanda 

Hasmiza Othman atau dikenali dengan nama Dato’ Sri Vida disingkatkan sebagai DSV. Umum DSV Dato’ Sri Vida pernah berkahwin buat kali pertama dengan Mohd Amin Yasin daripada 2000 sehingga 2008. Beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tuan Azid Hamzah pada Januari 2014 tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 bulan. Beliau mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin daripada 2014 sehingga 2017, namun jodoh tidak kesampaian.


Terbaharu dilamar dengan sebuah kotak mewah ternyata ianya terlalu misteri. Tiada khabar berita dan tanda yang beliau menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana jejaka ternyata DSV sendiri terkejut dengan apa yang diterimanya.
“Letak sini, takut saya. Saya dilamar? Dilamar orang yang lamar ke siapa yang lamar? Jangan buat main, terkejut saya. Bab lamar melamar ni sensitif kakak,” katanya yang bernada begitu tidak puas hati.
Bersyukur dan terap mendoakan
Melalui entri terbaharu di media sosialnya, netizen rasa bersyukur dan bahagia jika beliau dilamar sekali lagi.



Namun masih menjadi tanda tanya siapakah yang empunya kotak serba mewah yang diberkan kepada Dato’ Sri Vida. Usahawan itu bagaimanapun menganggap itu semua kerja ‘gila’ selain dipermainkan oleh seseorang yang dikenali.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!




