Kuala Lumpur: Perjalanan skuad wanita negara dalam saingan Piala Uber berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada China, di Forum Horsens, Denmark, hari ini.
Perlawanan ketiga menyaksikan Wong Ling Ching gagal memberi tentangan apabila tunduk straight set 21-10, 21-10 kepada Chen Yu Fei dalam aksi yang berlangsung selama 36 minit.
Ling Ching dilihat bergelut menyaingi kehebatan pemain lawan yang lebih berpengalaman apabila Yu Fei menguasai permainan sejak awal hingga akhir perlawanan.
Kekalahan itu sekali gus memastikan China terus gah melangkah ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas pasukan negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd




