Pihak berkuasa Arab Saudi lancar peta 3D untuk jemaah di dua masjid suci

Pihak berkuasa Arab Saudi lancar peta 3D untuk jemaah di dua masjid suci

Makkah: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melancarkan inisiatif peta 3D interaktif bagi memudahkan navigasi serta mempertingkat perkhidmatan untuk jemaah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Diintegrasikan ke dalam kad Nusuk, platform digital itu menghubungkan secara langsung lokasi suci dengan infrastruktur sekitarnya, laluan pengangkutan dan hotel bagi mengoptimumkan pengurusan orang ramai ketika waktu puncak.

Antara muka responsif itu menyediakan data operasi masa nyata kepada pengguna termasuk kemas kini cuaca, lokasi tandas dan kadar penggunaan ruang solat, tawaf serta saie, selain menunjukkan lokasi pejabat bimbingan agama dan fatwa.

Direka selaras dengan Visi 2030, perkhidmatan berasaskan teknologi itu memanfaatkan teknologi moden bagi menyediakan persekitaran yang bersatu, mudah diakses dan berkualiti tinggi untuk pengunjung antarabangsa serta tempatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top