Pil Perancang Tak Berkesan, Misya Mazlan Akui Dah Cukup Empat Cahaya Mata

Pil Perancang Tak Berkesan, Misya Mazlan Akui Dah Cukup Empat Cahaya Mata

Pempengaruh media sosial, Misya Mazlan berkongsikan kaedah pencegahan kehamilan menerusi pil perancang tidak berkesan buat dirinya.

Menerusi klip siaran langsung TikTok, Misya berkata setiap pasangan ada pendapat berbeza mengenai jumlah cahaya mata mareka mahukan.

BACA: “Dia Minta Maaf Bagi Pihak Kakak” – Kakak Umisya Dedah Adik Marissa Pernah DM

Kata Misya lagi, dia bukan datang dari keluarga dengan adik beradik yang ramai berbanding suaminya, Aslam yang mempunyai keluarga besar.

“Pil perancang memang tak berkesan pada saya. Tak tahu la kenapa dengan tahap kesuburan saya. Hanya implanon sahaja berkesan pada saya.

“Ada orang tak suka anak ramai sebab bising. Adik beradik saya tak ramai. Tapi Aslam ramai adik beradik,” katanya.

Sementara itu, Misya berkata dia meletakkan sasaran untuk merancang kehamilannya dan empat orang cahaya mata yang dimilikinya kini sudah memadai.

“Saya target umur sebelum 30 tahun untuk bersalin. Bila saya dah capai target, saya tutup kejap dan berehat. Cukuplah empat orang, ” katanya.


Scroll to Top