PM Anwar ikut strategi Rasulullah SAW, panduan usaha islah negara -“Yang berbeza diberi ruang”

PM Anwar ikut strategi Rasulullah SAW, panduan usaha islah negara -“Yang berbeza diberi ruang”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan terus berusaha melakukan perubahan dan islah terhadap Malaysia dengan menjadikan strategi Rasulullah SAW dalam membangunkan pentadbiran baharu di rantau Arab lebih 14 kurun lalu sebagai rujukan.

Beliau akan terus beri yang terbaik demi Malaysia

Menerusi hantaran di Facebook hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul, Anwar menyatakan usaha membangunkan sebuah negara majmuk di Asia Tenggara pada abad ke-21 bukan sesuatu yang mudah, namun beliau akan terus memberikan yang terbaik untuk Malaysia.

“Keperluan asas harus terjamin dan keamanan nyata amat penting. Iktikad ini menjadi syarat terjaminnya daruriyat dalam Maqasid Syariah seperti yang diungkap Muhammad Imarah.
“Di Madinatun Nabi yang serba rahmah itu, yang miskin dibantu, yang lemah disantuni, yang berbeza masing-masing diberi ruang. Amalan monopoli disingkir demi pemerataan ekonomi yang lebih saksama, sementara utusan dihantar keluar dengan mesej membina tatanan yang lebih aman dan adil,” katanya.

Sentiasa harap yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia

Menteri Kewangan itu memaklumkan beliau sentiasa mengharapkan yang terbaik buat seluruh rakyat serta berharap Malaysia terus mendapat keberkatan Allah SWT, selain rakyat dikurniakan kasih sayang dan rezeki yang berkat.

Dalam hantaran sama, Anwar turut berkongsi mengenai sirah serta perjuangan Rasulullah SAW dalam membangunkan pentadbiran baharu di rantau Arab.

“Selepas usaha islah penat lelah selama sedekad, Madinah yang Baginda suburkan dengan tatanan adil dan ihsan berhasil memaculkan rakyat dengan akal budi dan akhlak yang tinggi. Ternyata paradigma syariah telah merubah sahsiah dan minda mereka dengan kesedaran ketuhanan dan kematangan sosial.
“Pertembungan tajam Aus dan Khazraj yang sekian lama menggoncang Yathrib dilebur dalam semangat perpaduan Ansar demi kestabilan, menghapus curiga dan kegelisahan kaum yang menghambat kemajuan,” katanya.

PM Anwar ikut strategi Rasulullah SAW, panduan usaha islah negara -“Yang berbeza diberi ruang”

Perdana Menteri turut berkongsi sepotong ayat daripada Surah Quraysh yang bermaksud, “Dia yang memberi makanan bagi menghilangkan kelaparan, dan mengamankan mereka daripada rasa ketakutan.”

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Scroll to Top