PM tiup semangat Harimau Malaya harungi cabaran Piala Asia

PM tiup semangat Harimau Malaya harungi cabaran Piala Asia

Menerusi hantaran video di laman Facebook malam ini, Anwar mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon yang bakal mengharungi cabaran getir Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari ini.

Menerusi hantaran video di laman Facebook malam ini, beliau menyifatkan para pemain yang berjaya menamatkan penantian 42 tahun Malaysia untuk layak secara merit ke Piala Asia dan bakal menggalas cabaran negara di Doha sebagai pejuang.

“Ini pejuang hebat, pasukan Harimau Malaya, bertarung, sabar, kukuh semangat, istiqamah, 42 tahun kita menanti dan sekarang saudara-saudara bangkit sebagai pejuang dan bertarung. Kami doakan insya-ALLAH akan mencapai sukses.

“Sekali lagi diucapkan selamat maju jaya, selamat berjuang kepada pasukan Harimau Malaya,” katanya.