Polis sedang lengkapkan siasatan kes pempengaruh wanita dicakar isteri bekas suami

Polis sedang lengkapkan siasatan kes pempengaruh wanita dicakar isteri bekas suami

mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan pertengkaran membabitkan pempengaruh wanita dengan isteri baru bekas suaminya di Taman Melawati, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu sedang dilengkapkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tindakan seorang pempengaruh wanita cuba menaiki tingkat atas rumah bekas suaminya tanpa kebenaran mencetuskan pergelutan dengan isteri baru lelaki itu di Taman Melawati, di sini, Isnin lalu.

Mohd Azam dilaporkan berkata, lelaki itu menetapkan syarat bekas isteri hanya berada di tingkat bawah dan tidak naik ke tingkat satu dan dua.

Menurutnya, insiden jam 3.15 petang itu berlaku ketika wanita terbabit datang ke kediaman bekas suaminya yang juga pempengaruh untuk mengambil barangan peribadi selepas dipersetujui bersama.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pempengaruh wanita cedera di muka selepas dipercayai dicakar isteri baru bekas suaminya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top