Presiden UMNO lawat Laman Media PAU 2022

Presiden UMNO lawat Laman Media PAU 2022

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO sempat melawat Laman Media sempena hari terakhir Persidangan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan pengamal media Malaysia Gazette ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MUHD NA’IM, 14 JANUARI 2023.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempat beramah mesra dengan kakitangan media pelbagai agensi.

Malah sempat memotong kek sempena hari jadinya bulan ini bersama dua kakitangan media yang berkongsi bulan kelahiran dengannya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memotong kek bersama pengamal media ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 14 JANUARI 2023.

Petang ini Ahmad Zahid akan membuat penggulungan seterusnya menangguhkan PAU 2022. – MalaysiaGazette