
Mohamad Radhi (gambar kecil) yakin pengurusan KDA FC sedang dalam proses memulihkan prestasi dan keyakinan Sang Kenari selepas mempamerkan aksi tidak konsisten.
EXCO Belia dan Sukan Kedah, Mohamad Radhi Mat Din yakin pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC sedang dalam proses memulihkan prestasi dan keyakinan Sang Kenari selepas mempamerkan aksi tidak konsisten termasuk tersingkir Piala Cabaran 2023.
Bekas kapten legenda pasukan bola sepak Hijau Kuning itu percaya prestasi semasa tersebut masih mampu lagi dibaiki sebelum Liga Super 2023 kembali bersambung dan KDA FC menerima kunjungan Negeri Sembilan FC pada 28 Oktober ini.
Menurutnya, kelab milik Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar itu berada pada landasan tepat untuk merebut kedudukan kedua Liga Super musim ini dan perkara tersebut mampu dicapai jika faktor-faktor yang menyebabkan prestasi menurun dapat diatasi dengan segera.
“Prestasi dan suasana sekarang bukan sukar tapi prestasi semasa ada kaitan dengan perkara lain menyebabkan tidak memberangsangkan. Tapi kita yakin atas tindak balas yang cepat oleh jurulatih dan pengurusan.
