MELAKA – Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengumumkan akan bertanding di enam daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang akan berlangsung pada 14 November ini.
Pengumuman calon itu dibuat oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Negeri Sembilan, di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, Bukit Katil di sini.
Bagaimanapun beliau hanya mengumumkan lima calon sahaja dan seorang lagi akan diumumkan kemudian.
Untuk pembahagian kerusi, Pas dan Parti Wawasan Negara(Wawasan) bertanding dua kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan) bertanding satu kerusi.
Berikut adalah senarai calon PN yang diumumkan:
Pas:
Paya Rumput- Rafie Ahmad
Bukit Katil – Mohd Ridzuan Sarif
WAWASAN:
Kesidang – Albert Kok
Bemban – Dr Mohd Yadzil Yaakub
GERAKAN
Ayer Keroh – Datuk Seri Michael Gan


