PRN N9: Calon Bebas DUN Sri Tanjung bakal didakwa, isu 3R

PRN N9: Calon Bebas DUN Sri Tanjung bakal didakwa, isu 3R

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung mendakwa bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang pada Ogos depan atas pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Islah Wahyudi Zainudin, 46, berkata, beliau menerima notis pertuduhan hari ini selepas dikunjungi pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Ia berkenaan hantaran saya di media sosial.

“Sapi akan bagi kenyataan lanjut dalam sidang media esok berserta pelancaran manifesto saya untuk Pilihan Raya DUN Sri Tanjung,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Islah Wahyudi bertanding di kerusi Sri Tanjung menentang empat calon lain, termasuk penyandang Datuk Dr G Rajasekaran (PH), A Achutan (BN), M Leevinesh (BERSATU)dan seorang lagi calon Bebas, A Saravanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top