PRN NS: BERSATU kalah semua kerusi, Tun Faisal hilang deposit

PRN NS: BERSATU kalah semua kerusi, Tun Faisal hilang deposit

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU, Tun Faisal Ismail Aziz, mengalami kekalahan teruk apabila hilang deposit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi di laman web MyUndi, bekas pemimpin UMNO itu hanya memperoleh 481 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Razali Abu Samah meraih 13,122 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad mendapat 9,713 undi.

Jumlah undi yang diterima gagal melepasi ambang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan deposit.

Keputusan tidak rasmi turut menunjukkan BERSATU sekali lagi mengalami kekalahan menyeluruh apabila tewas di semua 24 kerusi yang ditandingi.

Parti yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bertanding dua pertiga kerusi DUN selepas berpisah daripada PN yang menjalin persefahaman pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN).

Keputusan tidak rasmi juga mendapati BERSATU kehilangan dua kerusi sedia ada, iaitu Labu dan Gemas, masing-masing kepada BN dan PN.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top