PUTRAJAYA – Program pengajian di universiti perlu sentiasa dinilai dan dikemas kini bagi memastikan kandungannya kekal relevan dengan perkembangan pesat teknologi, khususnya kecerdasan buatan (AI).Tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, perkembangan ilmu dan teknologi berlaku dengan begitu pantas terutama dalam bidang teknologi maklumat (IT), menyebabkan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak boleh bergantung kepada program yang tidak lagi selari dengan keperluan semasa.Menurutnya, perubahan dalam bidang berkenaan boleh berlaku dalam tempoh kurang setahun, sekali gus menuntut pihak universiti mengikuti perkembangan terkini bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran dan pengetahuan diperlukan.”Perkembangan ilmu sekarang ini sangat pesat, terutamanya di negara-negara maju khususnya dalam bidang IT. Dalam tempoh kadang-kadang tak sampai setahun, begitu banyak perubahan berlaku,” katanya pada Isnin.Ujar bekas Ketua Pengarah Pendidikan itu, perkembangan teknologi baharu juga berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, justeru universiti perlu memainkan peranan menyediakan kepakaran yang membolehkan graduan bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran kerja, malah berupaya mencipta peluang pekerjaan.Beliau turut menyambut baik dan menyokong penuh saranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus memainkan peranan sebagai pintu mobiliti sosial kepada anak Melayu dan bumiputera.”UiTM sebuah institusi pendidikan yang telah lama ditubuhkan dan matlamat asalnya ialah untuk melahirkan golongan profesional Melayu.”Setelah sekian lama ditubuhkan, sampailah masanya kita menilai balik. Saranan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor itu memang kena pada masanya,” jelasnya.Menurut Alimuddin, UiTM khususnya perlu mengikuti perkembangan teknologi terkini termasuk AI bagi memastikan institusi berkenaan terus memenuhi matlamat penubuhannya.Katanya, kepakaran dalam bidang teknologi dengan sokongan institusi kerajaan, termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), berupaya membantu melahirkan graduan yang mampu memanfaatkan perkembangan teknologi untuk mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi.Sehubungan itu, Alimuddin berkata, penyesuaian program pengajian dengan perkembangan semasa penting supaya aspirasi tersebut dapat diterjemahkan melalui pendidikan yang benar-benar memenuhi tuntutan dunia pekerjaan dan teknologi masa kini.Sultan Selangor ketika Majlis Titah Diraja UiTM 2026 di Dewan Konsert Seri Budiman UiTM Shah Alam bertitah, universiti itu perlu terus menjadi pintu mobiliti sosial bagi anak Melayu dan bumiputera, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar untuk membina masa depan lebih baik menerusi pendidikan.Baginda turut mahu UiTM melahirkan lebih ramai pencipta pekerjaan dan pemilik ekonomi selain menjadi pemangkin dalam membentuk generasi usahawan.Sultan Sharafuddin bertitah, kejayaan UiTM tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah pelajar, graduan atau alumninya semata-mata, sebaliknya sejauh mana institusi itu berjaya mengubah kehidupan anak bangsa dan menyumbang kepada pembangunan negara.Dalam titah berkenaan, baginda turut menekankan bahawa sebahagian graduan UiTM kini menerajui organisasi besar, membina perniagaan, mencipta peluang pekerjaan dan menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara.
Program universiti perlu lebih dinamik
Recent Posts
Tiga ditahan disyaki curi bahan produksi kilang
September 8, 2026
‘Pas-UMNO kena berkorban demi penyatuan Melayu-Islam’
September 8, 2026
Arsenal pilihan utama julang Liga Juara-Juara
September 8, 2026