PSG tak bawa Neymar ke Montpellier

PSG tak bawa Neymar ke Montpellier

PENYANDANG juara Paris St Germain (PSG) dijangka bertandang ke Montpellier tanpa Neymar untuk perlawanan Ligue 1 Perancis, pada Khamis.

Menurut kelab berpangkalan di Paris itu berkata, bintang Brazil itu mengalami keletihan otot.

“Neymar mengalami keletihan otot dan akan kekal dalam penjagaan hari ini,” kata pendahulu Ligue 1 itu dalam satu kenyataan.

PSG kini mempunyai 48 mata daripada 20 perlawanan mendahului RC Lens di tempat kedua dengan tiga mata.

Anak buah Christophe Galtier mempunyai permulaan sederhana pada 2023.

Tewas dua perlawanan terakhir di tempat lawan – Lens dan Stade Rennais sebelum diikat 1-1 di laman sendiri Stade de Reims pada Ahad.

PSG akan melayan kunjungan Bayern Munich dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 15 Februari ini.