PU Riz Didakwa Tiada Tauliah Mengajar Agama, Tuan Badan Akhirnya Bersuara | Oh! Media

PU Riz Didakwa Tiada Tauliah Mengajar Agama, Tuan Badan Akhirnya Bersuara | Oh! Media

Trending

PU Riz tampil menjelaskan dakwaan tiada tauliah mengajar agama. Rupanya dia sudah mempunyai tauliah sejak 2020 dan baru menamatkan pengajian sarjana.

Intipati berita

  • PU Riz atau Haris Ismail terkilan apabila kelayakan akademik dan tauliahnya dipersoalkan oleh seorang pengguna Threads.
  • Menegaskan dakwaan tiada tauliah mengajar agama adalah tidak benar kerana dia sudah memilikinya sejak tahun 2020.
  • PU Riz turut berkongsi pernah menuntut ilmu di Mesir, menyambung ijazah di UIAM dan baru menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam di OUM.
  • Berharap penjelasan itu dapat menghentikan segala dakwaan, selain meminta orang ramai menyemak kelayakan dan tauliahnya melalui pihak universiti serta Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, mengakui emosinya terganggu apabila dituduh tidak mempunyai tauliah dan kelayakan untuk menyampaikan ceramah agama seperti yang didakwa seorang pengguna Threads.

Menurut laporan Harian Metro, PU Riz berkata dia tidak pernah menghalang orang ramai daripada mengkritik cara penyampaian tazkirahnya. Namun, dia terkilan apabila usaha serta latar belakang pendidikannya turut dipersoalkan sehingga memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

Saya sebenarnya sedih dengan perkara ini. Saya memberikan tazkirah kepada orang ramai, tidak salah sekiranya ada pihak yang mahu mengkritik. Mungkin mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya sampaikan dan itu perkara biasa.

Namun, apabila melibatkan kelayakan pendidikan, saya harap mereka dapat menghormati usaha dan perjalanan saya dalam menuntut ilmu.

Pada awalnya mungkin saya tidak begitu terasa, tetapi apabila berterusan menerima pelbagai kata-kata sedemikian, lama-kelamaan agak menyakitkan.Q

PU Riz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas bersama media yang berlangsung di pejabat guaman Faizal Rahman & Co, Setapak, pada Jumaat.

PU Riz tegaskan sudah ada tauliah sejak 2020

pu riz

Dalam pada itu, PU Riz menegaskan dakwaan kononnya dia tidak mempunyai tauliah mengajar agama adalah tidak benar kerana sudah memperoleh pengiktirafan berkenaan sejak tahun 2020.

Dakwaan bahawa saya tidak mempunyai tauliah itu memang agak serius. Saya sebenarnya mempunyai tauliah sejak tahun 2020 lagi dan tauliah tersebut merupakan tauliah mengajar agama.

Mengenai kelayakan pendidikan, ada juga pihak yang menulis pelbagai perkara sehingga sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya.”

Bukan itu sahaja, PU Riz turut berkongsi perjalanan pendidikannya yang bermula di Mesir sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Malah, dia turut bersyukur kerana baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM) pada minggu lalu.

Harap tiada lagi pihak pertikai kelayakannya

ohmedia neelofa pu riz

Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu, dia berharap penjelasan yang diberikan dapat menamatkan segala persoalan dan dakwaan berhubung kelayakan akademik serta tauliah yang dimilikinya.

Saya harap selepas ini tidak timbul lagi persoalan mengenai kelayakan pendidikan mahupun tauliah yang saya miliki. Malah, saya percaya semua maklumat tersebut boleh diakses menerusi platform berkaitan yang mengeluarkan pengiktirafan berkenaan.

Bagi kelayakan pendidikan, orang ramai boleh merujuk kepada pihak universiti, manakala untuk urusan ceramah menggunakan tauliah, maklumat itu boleh disemak di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa PU Riz tidak mempunyai tauliah dan melabelnya sebagai ‘penunggang agama’ susulan isu pembatalan acara Nunha Meet & Greet di Johor.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober lalu itu dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top