Baru-baru ini pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak memberikan pandangannya melalui laman Instagram mengenai konsert seorang penyanyi terkenal dunia, Billie Eilish.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh PU Syed, dia berharap agar konsert Happier Than Ever, The World Tour oleh Billie itu dibatalkan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada negara, agama dan bangsa.
“Penganjuran yang tiada manafaat pada agama bangsa dan negara. Cukup-cukuplah berhibur sehingga lupa Tuhan.”tulisnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Billie telah pun tiba di ibu kota dan dilihat berada si pusat beli-belah Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang semalam semata-mata bermain go-kart.
Sumber: Instagram @pusyed_official, TikTok @aiman.nion, @dxxphnx_




