Puteri Sarah Dedah Ada Pihak Cuba Sebar Fitnah & Pecah Belahkan Keluarga,  Patimah Ismail Titip Doa Mohon Kuat

Puteri Sarah Dedah Ada Pihak Cuba Sebar Fitnah & Pecah Belahkan Keluarga,  Patimah Ismail Titip Doa Mohon Kuat

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan ada pihak cuba untuk memecahbelahkan keluarganya.

Meskipun tidak menjelasakan secara lanjut, Sarah bagaimanapun memaklumkan bahawa individu berkenaan bertindak menyebarkan fitnah seolah-olah mahu mengganggu kebahagiaan keluarganya.

“Mama, Papa, rasanya ada manusia nak porak-perandakan family kita dengan fitnah macam-macam nak melagakan satu family pula,” katanya.

Perkara itu dikongsi Sarah menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Story miliknya.

Susulan pendedahan berkenaan, bekas ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail turut berkongsi hantaran sama diruangan Instagram Story nya.

Menerusi hantaran tesebut, Patimah menitipkan doa dan berharap Puteri Sarah kuat menghadapi ujian  sekaligus mendoakan agar aktres itu dan anak-anak sentiasa mendapat kebahagiaan.

“Tabahkan dirinya menghadapi ujian. Semoga Allah memberi kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan, Sarah dan Syamsul dikurniakan dengan sepasang cahaya mata iaitu, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Scroll to Top