Qabil tak cadang ke Olimpik Paris 2024

Qabil tak cadang ke Olimpik Paris 2024

ATLET ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022, yang berlangsung bermula 23 September hingga 8 Oktober lalu, menyebabkannya tidak dapat memberikan tumpuan kelayakan ke Olimpik Paris 2024.

Atlet berusia 43 tahun itu yang meraih emas acara dressage individu di Hangzhou, China berkata latihan rapi dan fokus terhadap temasya tersebut, menyebabkannya terlepas kebanyakan kejohanan kelayakan yang berlangsung dari awal tahun ini.

“Banyak pertandingan saya terlepas dan untuk mengejarnya agak sukar, jadi saya putuskan untuk memberi tumpuan dalam Sukan Asia berbanding Olimpik tetapi insya-ALLAH kalau ada sokongan dan bantuan untuk Olimpik seterusnya, saya boleh,” katanya ketika ditemui pemberita, pada Rabu

Atlet yang berpengalaman luas selama 28 tahun dalam sukan berkuda itu, berkata perihal keluarga dan juga kos untuk membeli kuda yang tinggi, turut menjadi antara faktor beliau masih belum bercadang untuk bersaing pada Sukan Olimpik itu.

Scroll to Top