Quartararo unggul di GP Belanda – Utusan Digital

Quartararo unggul di GP Belanda – Utusan Digital

ASSEN: Fabio Quartararo meraih kemenangan keempat musim ini selepas unggul dalam saingan MotoGP di Grand Prix (GP) Belanda, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut juga merupakan kejayaan sulung bagi penunggang Yamaha itu di Litar Assen dalam kelas perdana.

Pelumba dari Perancis itu mencatat kemenangan menerusi catatan masa 40 minit 35.031 saat, manakala rakan sepasukannya, Maverick Vinales kedua (+2.757s) dan penyandang juara Joan Mir dari Suzuki, ketiga (+5.760s).

Quartararo unggul di GP Belanda – Utusan Digital

Quartararo, 22, dalam musim ketiganya di MotoGP, melebarkan jurang kepada 34 mata dalam carta keseluruhan mengatasi tempat kedua, Johann Zarco, yang menamatkan cabaran di tangga keempat.

Pelumba Ducati, Zarco kini mengumpul 122 mata, manakala rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia ketiga (109 mata).

Saingan seterusnya akan berlangsung di GP Styria di Red Bull Ring, Austria pada 8 Ogos depan.- AFP

Scroll to Top